Hari Kedua – Bermulanya Pemahaman Mengenai PENGASIH

Anggota Rangkaian Sahabat PENGASIH melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana persekitaran seumpama pusat peranginan memudahkan para pelajar tersebut  menerima konsep serta matlamat program ini.

Walaupun isu-isu yang disampaikan adalah serius, ia menjadi mudah apabila disampaikan oleh mereka yang berpengalaman. Encik Hafizi Harun berkongsi pengalaman berkaitan dadah dan tahap penagihan. Encik Abdullah Md Noor pula  menerangkan kaedah rawatan di Rumah PENGASIH.

Sementara kepentingan untuk berkomunikasi dengan betul disampaikan oleh Encik Hamid Yap. Isu penyalahgunaan dadah dibentangkan dengan terperinci oleh Encik Hanif Talib. Pemahaman yang betul berkaitan program ini , membantu anggota menjadi contoh pada rakan sebaya mereka.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Posted in News