Hari Ketiga – Pulang Dengan Komitmen

Hari ini merupakan hari terakhir kepada para peserta program Rangkaian Sahabat PENGASIH. Setelah mengikuti program selama 3 hari di Rumah PENGASIH, mereka akan kembali kepada komuniti masing-masing.

Program ini berakhir dengan penyampaian sijil pengesahan keanggotan oleh Datuk Yunus Pathi Mohd, Presiden Persatuan PENGASIH kepada para peserta yang terlibat.

Kegembiraan terpancar diwajah para peserta setelah mendapat pengetahuan, pendedahan serta rakan baru di kalangan warga PENGASIH yang mampu membantu mereka mempromosikan gaya hidup sihat kepada komuniti masing-masing.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Posted in News