Ganja (Marijuana)

Ganja ( Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan “Ganja” berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud “Resin/getah dari pokok berserabut”. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan.

Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan. Continue reading

4th Asian Recovery Symposium

Tarikh : 9hb hingga 12hb November 2009
Tempat : Kuala Lumpur, Malaysia

Khidmat Sosial

Kebiasaannya waktu hujung minggu merupakan hari untuk residen Teduhan Kasih membuat jaringan sosial. Pada 21 Febuari 2008, seramai 3 orang residen telah membuat gotong-royong disebuah rumah jiran yang berdekatan.

Tujuan utama adalah untuk memberi perkhidmatan sosial disamping dapat mengeratkan hubungan dengan menyumbangkan masa dan tenaga. Usaha ini disambut baik oleh penghuni rumah tersebut dan sokongan moral yang diberi secara tidak langsung dapat memecahkan stigma yang sering dilontar kepada bekas pengguna dadah. Pelbagai aktiviti seperti ini dirancang untuk masa-masa akan datang agar golongan seperti ini mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Program Interaksi

Pada 19 Febuari baru-baru ini, Rumah PENGASIH Perak dibawah Projek Teduhan Kasih telah menerima lawatan dari kakitangan dan residen Re-Entry Kuala Lumpur seramai 7 orang.

Lawatan selama 2 hari ini telah diketuai oleh Saudara Veera Noor, Ketua Sumber Manusia Rumah PENGASIH, Saudara Azharis Azman Kakitangan Re-Entry Kuala Lumpur bersama 5 orang residen Re-Entry yang lain.

Kunjungan yang penuh makna ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara sesama rakan sebaya dan memberi pendedahan residen Re-Entry mengenai Projek Teduhan Kasih seterusnya secara langsung memberi sokongan kepada residen dibawah Projek ini.

Ia juga merupakan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada residen yang terlibat untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan sesama mereka mengenai dunia sebenar kehidupan disamping dapat membentuk kemahiran sosial terutama dalam berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Kunjungan Hormat Datuk Bandar

Kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Roshidi Hashim telah diadakan pada 28 Januari 2009 bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh.

Kunjungan tersebut disertai oleh 11 orang ahli PENGASIH yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yunus Pathi Yang Di-Pertua PENGASIH, Penasihat-Penasihat PENGASIH, Ahli Lembaga Pengurus, Kakitangan PENGASIH, Saudara Badrul Hisham Datuk Haji Ahmad Setiausaha Perhubungan PENGASIH Negeri Perak dan Saudari Zulkama’Azura Zulkarnain Pengurus Projek Teduhan Kasih.

Pertemuan yang diadakan selama satu jam itu bertujuan untuk menjalin hubungan erat dan seterusnya berbincang mengenai kerjasama yang boleh dilaksanakan dalam membantu bekas-bekas pengguna dadah terus kekal pulih dan produktif disamping dapat menyumbang pada negara khususnya Negeri Perak ini.