Projek Ekonomi & Program Pencegahan

Economic Projects & Prevention Programs




  • PENGASIH Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada ahli yang ingin mencari rezeki yang halal.

    Salahsatu cara ialah dengan memberi sokongan terhadap permohonan mereka untuk mendapatkan permit teksi dari Kementerian Pengangkutan.

    Setakat ini, seramai 10 orang ahli telah mendapat permit teksi mereka. Dengan peningkatan jumlah pelancong yang melawat bandaraya Kuala Lumpur, mereka tidak akan putus pelanggan.

    Semoga ahli kami dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua penumpang.


    PENGASIH Malaysia strives to support members who are seeking a livelihood in the city.

    One of the ways is by supporting their applications in getting Taxi Permits from the Ministry of Transportation.

    So far, 10 members of our Aftercare program have received their Taxi Permits.

    With the increasing number of tourists coming to Kuala Lumpur, there would be no shortage of passengers for them.

    PENGASIH hopes they would give their best services for all passengers.




  • PENGASIH Malaysia sentiasa membina hubungan dengan pihak Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Dengan kerjasama mereka, kami diberi peluang ekonomi. Sokongan mereka dapat membantu bekas pengguna dadah mencari rezeki yang halal, secara tak langsung mengurangkan jumlah jenayah kecil di bandar.

    Salahsatu projek yang berjaya dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah Bazaria Larut Malam KL Downtown. Ia terletak di Cheras, sebuah kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.

    Kami diberi hak untuk menjadikan sebuah medan kereta terbuka sebagai sebuah bazar pada malam harinya. Kami menyewakan sebanyak 500 tapak gerai kepada peniaga kecil. Operasi kami menggunakan khidmat bekas pengguna dadah dan seramai 50 orang dari kalangan penjaja adalah ahli PENGASIH.

    Kami menggunakan wang sewaan tersebut untuk menampung kos latihan vokasional untuk ahli serta untuk kos menjalankan kempen pencegahan dadah.



    PENGASIH Malaysia continuously develop and maintain good relationships with city halls and township municipals. With their assistance, PENGASIH are given economic opportunities. Such supports have helped members gain livelihoods that indirectly reduced petty crime rates in cities.

    One of the most successful project with Kuala Lumpur City Hall is KL Downtown Night Market. It is located in Cheras, a densely populated neighbourhood.

    We are given the right to turn a large parking by day, into a thriving bazaar at night. We then rent out spaces to 500 petty traders. Our operations employ recovering users and we have 50 recovering users plying legal trade in there.

    We use the income to support our vocational training programs for members as well as for some of our prevention campaigns.



  • With some funding from kind individuals and the State Religious Departments,
    PENGASIH started 2 small farming projects in Sg Buloh, Selangor and Kota Tinggi, Johor.

     


    Ladang Cili Sg Buloh ialah sebuah projek Teduhan Kasih yang dimulakan 1 1/2 tahun dahulu di atas tanah seluas 2 ekar. Seramai 15 orang ahli tinggal dan bekerja di ladang tersebut. Semua hasil telah terjual ke restoran, kedai runcit dan pasar malam. Setakat ini respon pasaran amat menggalakkan. Dengan nasihat teknikal dari Jabatan Pertanian, kami sedang berusaha untuk menambah hasil.

    Sg Buloh Chili Farm, operated by Teduhan Kasih, was started about 1 1/2 year ago on a 2 acre plot. We have 15 PENGASIH Aftercare members living and working at the farm. The produce are sold to restaurants, retail shops and night markets. So far, the response were great. With the technical advice of the Agriculture Department, we are expanding further to meet market demands.


    Ladang Pisang Tanduk Kota Tinggi ialah sebuah projek Teduhan Kasih yang dimulakan setahun yang lalu di atas tanah seluas 3 ekar. Seramai 12 orang ahli tinggal dan bekerja di ladang tersebut. Hasil dijual di pasar runcit dan sebahagiannya diproses menjadi cip pisang. Produk kami mendapat sambutan baik di kalangan penduduk Kota Tinggi. Ahli PENGASIH yang tinggal di sini telah diberi latihan pemprosesan makanan di sebuah institut latihan tempatan.

    Kota Tinggi Banana Farm is a project by Teduhan Kasih. It started about 1 year ago on a 3 acre plot. We have 12 Aftercare members living and working at the farm. The produce are sold to the retail markets and some are used to make Banana Chips. The local responses are great. Members were given food processing training by the local Agriculture Institute.



  • Teduhan Kasih Melaka sangat aktif mengembeling tenaga mencari projek-projek kecil yang boleh mendatangkan pendapatan untuk ahli-ahli PENGASIH di negeri Melaka. Di antara projek yang mendapat sokongan kuat dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ialah kontrak pembersihan jalan-jalan serta pembersihan perabut jalan dari tampalan sticker-sticker haram. Seramai 20 orang ahli mendapat manfaat dari kontrak ini.

    Walaupun nilai kontrak ini tidak meraih sebarang keuntungan kewangan serta hanya cukup menampung kehidupan, namun pihak PENGASIH sangat bersyukur kerana ia adalah permulaan yang cukup baik untuk mencari rezeki yang halal.

    Teduhan Kasih Melaka is continuously searching for economic opportunities for PENGASIH members in Melaka. Malacca City Hall has given a contract to Teduhan Kasih to maintain roads and clean road furnitures from illegal stickers. 20 members is benefiting from this contract for the past 3 years.

    Eventhough the contract value does not bring any profit and just enough in sustaining day-to-day expenses, PENGASIH is very thankful as this is the first step in returning to society with a clean slate.


  • PENGASIH Malaysia bekerjasama dengan pihak-pihak sekolah, kolej dan universiti untuk menyebar maklumat gaya hidup sihat kepada para pelajar. Pada setiap bulan, PENGASIH menghantar penceramah ke sekolah-sekolah dan fakulti.

    Pada masa yang sama, PENGASIH bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa-Guru, LPPKN serta pihak media untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa, komuniti pendidik serta penduduk tempatan. Di antara projek yang terkenal ialah Program Kenali Anak Kita yang ditaja oleh Petronas selama 2 tahun. PENGASIH juga ditaja oleh Jabatan Agama, Agensi Sosial dan pihak individu untuk menjayakan acara-acara terbuka di serata Malaysia.

    Di antara mesej penting PENGASIH ialah kefahaman penagihan dadah, petanda-petanda penagihan, tabiat berisiko tinggi yang boleh memerangkap para belia, teknik pemantauan anak-anak yang berkesan dan saluran rujukan.

    PENGASIH Malaysia works closely with schools, colleges and universities to reach out students and deliver positive messages. Every month, PENGASIH sends speakers to schools and faculties for this purpose.

    At the same time, PENGASIH works with Parent-Teacher Associations, Community & Social Development Agency and the media to reach out parents, teaching communities as well as the general public. One of the most popular program is Know Our Child Program sponsored by PETRONAS for 2 years. PENGASIH is also sponsored by the Religious Departments, Social Agencies and kind individuals to organise open events around Malaysia.

    Among the important messages delivered by PENGASIH are understanding addiction, signs of addiction, high risk behaviours entrapping youths to drugs, effective ways to monitor children and channels to refer to.