24 Tahun Membantu
Individu, Keluarga & Komuniti

Mentor dan pembimbing kami bersedia 24/7

Profesional Dan Jujur Kepada Penagih

PENGASIH Malaysia bermula pada tahun 1987 sebagai sebuah kumpulan sokongbantu di antara empat orang sahabat yang baru sahaja bebas dari dadah. Kumpulan ini menjadi semakin besar dan pada ketika itu isu dadah begitu hangat sekali. Lantas dengan semangat ingin membantu, kumpulan ini telah mendaftar diri sebagai sebuah persatuan rasmi pada 25hb. September, 1991.

N

Mentor Berpengalaman

Mentor Pengasih semuanya merupakan bekas penagih yang telah berjaya membebaskan diri dari kancah penagihan dadah. Jika anda memerlukan sokongan seorang mentor, hanya suarakan hasrat anda. Kami sedia membantu.
N

Staf Profesional & Mesra

Kesemua kakitangan Pengasih telah dilatih secara profesional untuk menghadapi apa jua keadaan. Apabila anda sampai sahaja di pintu masuk, anda akan dilayan dengan penuh mesra tanpa sebarang prejudis.
N

Tiada Bayaran Dikenakan

Jika anda ke Pengasih secara sukarela, anda akan menerima bantuan dan sokongan yang sewajarnya. Tiada bayaran awal yang akan dikenakan, hanya niat sudah cukup untuk memulakan proses pemulihan semula.

Sokong Usaha Kami

Primary Services

Treatment & Rehab

Rumah PENGASIH (RP) ialah sebuah Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian yang telah diwartakan kerajaan. Residen yang diterima masuk adalah secara sukarela. Tempoh rawatan adalah di antara 6-12 bulan.

Outreach

Seruan Kasih (Program Temuseru) melibatkan aktiviti temuseru secara strategik kepad akumpulan sasaran di Pusat-pusat Serenti, Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pelajar-pelajar Sekolah dan masyarkat umum.

Support Groups

Sidang Kasih melibatkan pengendalian pelbagai kelompok sokong bantu untuk ahli-ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Rehab Anda Bermula di Sini

Temujanji fleksibel dan penjagaan rapi.

Atau hubungi — +603-62013179

” Syukur Alhamdulillah. Saya telah bebas dari dadah dan alkohol selama 12 tahun setelah menjalani program PENGASIH. Kini saya telah berkahwin dan mendapat sokongan yang kuat dari isteri. Saya bertugas sebagai Pegawai Acara dan Perhubungan Awam.”

Hamid Yap

” Saya telah bersih dari dadah sejak 20 tahun melalui program yang dipelopori Datuk Haji Yunus. Kini saya sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak-anak yang comel. Saya berniaga kecil-kecilan sambil bertugas dan berkatnya dapat menunaikan Umrah.”

Abdullah Nor

” Banyak telah saya pelajari dari PENGASIH. Hidup saya berubah dan rezeki bertambah setelah menjalani terapi 15 tahun dahulu. Kini saya bertugas sebagai Pengarah Kewangan. Sekarang saya telahpun berkeluarga dan mempunyai 3 orang anak.”

Razali Jan

” Saya ialah seorang penagih tegar dan HIV positif. Dengan bantuan program PENGASIH, saya telah bebas dari dadah selama 20 tahun. Walaupun saya HIV+, hidup saya sihat. Kini saya memberi sumbangan sebagai Perunding Gayahidup Sihat untuk beberapa organisasi.”

Jeff Abdullah

PENGASIH MAKES A DIFFERENCE

24/7 service. Same Day Appointments are Available.