Perkhidmatan di PENGASIH

PENGASIH menggunakan modaliti Bimbingan Pemulihan Rakan Sebaya yang menekankan penstrukturan semula pola pemikiran, pengurusan dan penstablian emosi, perubahan tingkah laku, penyuburan kerohanian dan penyerapan semula ke dalam masyarakat.

Aktiviti program dirancang secara intensif. Setelah mencapai tahap kesediaan tertentu mereka akan dinaikkan ke fasa praintegrasi dan integrasi sebelum akhirnya diletakkan di bawah program jagaan lanjutan.

Primary Services

Treatment & Rehab

Rumah PENGASIH (RP) ialah sebuah Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian yang telah diwartakan kerajaan. Residen yang diterima masuk adalah secara sukarela. Tempoh rawatan adalah di antara 6-12 bulan.

Outreach

Seruan Kasih (Program Temuseru) melibatkan aktiviti temuseru secara strategik kepad akumpulan sasaran di Pusat-pusat Serenti, Penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pelajar-pelajar Sekolah dan masyarkat umum.

Support Groups

Sidang Kasih melibatkan pengendalian pelbagai kelompok sokong bantu untuk ahli-ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Halfway Houses

Teduhan Kasih adalah sebuah penempatan sementara (Halfway House) bagi penagih-penagih jalanan dan juga bagi bekas-bekas penagih yang baru bebas dari mana-mana pusat pemulihan yang belum berkeyakinan untuk kembali ke pangkuan masyarakat sepenuhnya.

Hospice

Muara Kasih adalah perkhidmatan untuk ahli-ahli atau bekas-bekas pengguna dadah yang menghidapi HIV/AIDS atau sebarang jenis penyakit yang memerlukan penjagaan rapi.

Petugas Muara Kasih akan memberi pemerhatian kepada pesakit dari segi kebajikan, makanan berkhasiat, keperluan perubatan, serta keperluan emosi dan kerohanian.

Re-Entry

Projek Sinar Kasih bermatlamat untuk mempersiap sediakan residen bagi menghadapi cabaran dan pahit getir ketika mengharung laluan kepulihan di dalam situasi kehidupan sebenar.

Mereka dibimbing menangani isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga, hubungan intim, jaringan sokongan sosial dan perjalanan hidup.

Rehab Anda Bermula di Sini

Temujanji fleksibel dan penjagaan rapi.

Atau hubungi — +603-62013179

PENGASIH MAKES A DIFFERENCE

24/7 service. Same Day Appointments are Available.