Farming

With some funding from kind individuals and the State Religious Departments,
PENGASIH started 2 small farming projects in Sg Buloh, Selangor and Kota Tinggi, Johor.

Ladang Cili Sg Buloh ialah sebuah projek Teduhan Kasih yang dimulakan 1 1/2 tahun dahulu di atas tanah seluas 2 ekar. Seramai 15 orang ahli tinggal dan bekerja di ladang tersebut. Semua hasil telah terjual ke restoran, kedai runcit dan pasar malam. Setakat ini respon pasaran amat menggalakkan. Dengan nasihat teknikal dari Jabatan Pertanian, kami sedang berusaha untuk menambah hasil.

Ladang Pisang Tanduk Kota Tinggi ialah sebuah projek Teduhan Kasih yang dimulakan setahun yang lalu di atas tanah seluas 3 ekar. Seramai 12 orang ahli tinggal dan bekerja di ladang tersebut. Hasil dijual di pasar runcit dan sebahagiannya diproses menjadi cip pisang. Produk kami mendapat sambutan baik di kalangan penduduk Kota Tinggi. Ahli PENGASIH yang tinggal di sini telah diberi latihan pemprosesan makanan di sebuah institut latihan tempatan.