Maintenance

Teduhan Kasih Melaka sangat aktif mengembeling tenaga mencari projek-projek kecil yang boleh mendatangkan pendapatan untuk ahli-ahli PENGASIH di negeri Melaka. Di antara projek yang mendapat sokongan kuat dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ialah kontrak pembersihan jalan-jalan serta pembersihan perabut jalan dari tampalan sticker-sticker haram. Seramai 20 orang ahli mendapat manfaat dari kontrak ini.

Walaupun nilai kontrak ini tidak meraih sebarang keuntungan kewangan serta hanya cukup menampung kehidupan, namun pihak PENGASIH sangat bersyukur kerana ia adalah permulaan yang cukup baik untuk mencari rezeki yang halal.