Night Market

PENGASIH Malaysia sentiasa membina hubungan dengan pihak Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Dengan kerjasama mereka, kami diberi peluang ekonomi. Sokongan mereka dapat membantu bekas pengguna dadah mencari rezeki yang halal, secara tak langsung mengurangkan jumlah jenayah kecil di bandar.

Salahsatu projek yang berjaya dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah Bazaria Larut Malam KL Downtown. Ia terletak di Cheras, sebuah kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.

Kami diberi hak untuk menjadikan sebuah medan kereta terbuka sebagai sebuah bazar pada malam harinya. Kami menyewakan sebanyak 500 tapak gerai kepada peniaga kecil. Operasi kami menggunakan khidmat bekas pengguna dadah dan seramai 50 orang dari kalangan penjaja adalah ahli PENGASIH.

Kami menggunakan wang sewaan tersebut untuk menampung kos latihan vokasional untuk ahli serta untuk kos menjalankan kempen pencegahan dadah.