Project Prevention

PENGASIH Malaysia bekerjasama dengan pihak-pihak sekolah, kolej dan universiti untuk menyebar maklumat gaya hidup sihat kepada para pelajar. Pada setiap bulan, PENGASIH menghantar penceramah ke sekolah-sekolah dan fakulti.

Pada masa yang sama, PENGASIH bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa-Guru, LPPKN serta pihak media untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa, komuniti pendidik serta penduduk tempatan. Di antara projek yang terkenal ialah Program Kenali Anak Kita yang ditaja oleh Petronas selama 2 tahun. PENGASIH juga ditaja oleh Jabatan Agama, Agensi Sosial dan pihak individu untuk menjayakan acara-acara terbuka di serata Malaysia.

Di antara mesej penting PENGASIH ialah kefahaman penagihan dadah, petanda-petanda penagihan, tabiat berisiko tinggi yang boleh memerangkap para belia, teknik pemantauan anak-anak yang berkesan dan saluran rujukan.