Taxi Permits

PENGASIH Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada ahli yang ingin mencari rezeki yang halal.

Salahsatu cara ialah dengan memberi sokongan terhadap permohonan mereka untuk mendapatkan permit teksi dari Kementerian Pengangkutan.

Setakat ini, seramai 10 orang ahli telah mendapat permit teksi mereka. Dengan peningkatan jumlah pelancong yang melawat bandaraya Kuala Lumpur, mereka tidak akan putus pelanggan.

Semoga ahli kami dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua penumpang.